SOALAN LAZIM


Dikemaskini pada 02/10/2015

PENGENALAN & INTRO
Q: Bolehkah bisnes topup ini dipercayai?
A: Sehingga ke hari ini (02/10/2015), seramai lebih daripada 55,000 orang telah berdaftar sebagai agen dan dealer topup dengan syarikat MYPREPAID2U (No. Pendaftaran SSM: SA0120818-Ayang berdaftar di Selangor Batu Cave

Kami yakin dan percaya, mereka tidak tertipu dan disebabkan itulah, jumlah keahlian semakin bertambah. Kami tidak mengaut keuntungan semata-mata, tetapi membantu anda untuk menjimatkan pembelian topup berbanding membeli di kedai. Selain berjimat, boleh juga berniaga secara sambilan. Manfaatkan telefon bimbit anda!


Q: Siapakah HYSPrepaid
A: HYSPrepaid a.k.a Syahirah(Owner HYSCompany) merupakan MINI SERVER kepada syarikat MYPREPAID2u yang diberi kebenaran untuk melantik agen dan dealer seluruh Malaysia dengan kadar yuran pendaftaran yang rendah dan mampu oleh setiap orang serta keuntungan yang tinggi!


Q: Adakah saya perlu membeli nombor baru (simcard) untuk mendaftar?
A: Tidak perlu! Anda boleh menggunakan nombor telefon sedia ada untuk mendaftar.


Q: Bagaimana komisyen atau keuntungan topup prepaid dibayar?
A: Keuntungan topup akan dibayar terus oleh pelanggan anda secara 'real time'. Contoh keuntungan Celcom 5.2%, maka setiap RM10, server hanya tolak RM9.48 sahaja dari modal anda dan anda akan menerima RM10 tunai daripada pelanggan. Bolek Klik Sini untuk mengetahui detils lebih lanjut CARA KIRAAN KOMISYEN.


Q: Adakah server beroperasi 24 jam?
A: Ya! Server beroperasi 24 jam tanpa henti kecuali diberitahu seperti proses baik pulih, 'maintanence' atau 'upgrading'.

PAKEJ YANG DITAWARKAN
Q: Apakah pakej yang ditawarkan oleh HYSPrepaid?
A: Kami menawarkan dua (2) pakej iaitu Pakej Agen dan Pakej Dealer dengan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan. Setiap pakej yang ditawarkan, kami memberikan perkhidmatan tambah modal terus untuk pendaftran kali pertama.

Q: Apakah perbezaan antara agen dan dealer?
A: Untuk pakej agen, keuntungan (profit) yang kami tawarkan adalah antara yang tertinggi berbanding syarikat lain. Agen hanya boleh menjual topup sahaja.
Manakala dealer pula memperoleh keuntungan (profit) yang lebih tinggi berbanding agen dan boleh melantik agen dibawah rangkaiannya serta menikmati komisyen hasil daripada jualan agen.


Q: Adakah yuran pendaftaran perlu diperbaharui?
A: Tidak! Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali sahaja sewaktu pendaftaran. Tiada yuran tahunan dikenakan.

PENDAFTARAN AGEN DAN DEALER
Q: Bagaimana cara untuk daftar sebagai agen atau dealer topup?
A: Untuk mendaftar, mudah sahaja. Ikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Pilih pakej yang ditawarkan sama ada pakej agen ataupun pakej dealer.Sila lihat pakej disini.
Langkah 2: Buat bayaran pendaftaran ke admin web HYSPrepaid. Sila rujuk akaun bank disini. 
Langkah 3: SMS/Whatsapp format pendaftaran ke pihak admin web HYSPrepaidRujuk formatnya disini. 

PANDUAN PENTING AGEN DAN DEALER
Q: Bagaimana cara untuk tambah modal?
A: Tambah modal boleh dilakukan pada setiap hari 24 jam tetapi syarikat akan proses dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Modal anda akan diproses dan dimasukkan dalam tempoh 30 minit - 60 minit. Caranya adalah seperti berikut:
Langkah 1: Bank in modal anda ke akaun syarikat. Sila rujuk nombor akaunnya disini. 
Langkah 2: SMSkan format tambah modal ke server seperti yang tertera di sidebar sebelah kanan. 
Q: Bagaimana cara untuk menjual topup kepada pelanggan?
A: Anda boleh menjual topup melalui 4 cara iaitu secara SMS, WeChat, Online (web) dan aplikasi android. Cara-caranya sila rujuk disini.

Q: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor yang sama lebih dari sekali atau 2 kali pada hari yang sama?
A: Ya, boleh. Anda hanya perlu tunggu 30 minit selepas jualan topup kali pertama ke nombor yang sama.

PANDUAN UNTUK DEALER SAHAJA
Q: Bolehkah saya mendaftarkan agen di bawah saya?
A: Sekiranya anda memilih atau mendaftar pakej Agen, anda TIDAK BOLEH mendaftarkan agen dibawah anda.
Tetapi jika anda memilih pakej Dealer, anda BOLEH mendaftarkan agen dibawah anda.

Q: Bagaimana cara untuk saya mendaftarkan agen dibawah rangkaian saya?
A: Pihak kami HYSPrepaid telah menyediakan panduan khusus untuk semua dealer yang berdaftar dengan HYSPrepaid. Panduan tersebut boleh didapati di laman ini. Sila klik disini untuk dapatkan panduan tersebut.

Q: Adakah terdapat caj yang dikenakan setiap kali pendaftaran agen dilakukan?
A: Tidak! Syarikat tidak mengenakan apa-apa caj kepada anda setiap kali pendaftaran agen dilakukan.

Q: Berapakah yuran yang perlu saya 'caj'kan kepada bakal prospek agen saya?
A: Ianya terpulang kepada anda. Anda boleh tentukannya sendiri. Saya nasihatkan, yuran pendaftaran yang hendak dikenakan mestilah berpatutan dan bersesuaian dengan keuntungan yang anda tawarkan.

Q: Adakah saya akan menerima komisyen setiap kali agen saya menjual topup?
A: YA, anda akan menerima komisyen tersebut yang akan dibayar pada setiap minggu iaitu pada hari Ahad atau Isnin.

Q: Bagaimana komisyen yang saya terima daripada agen setiap kali agen menjual topup dikira?
A: Ianya bergantung kepada jumlah perbezaan keuntungan yang anda tentukan kepada agen. Ianya agak teknikal dan anda perlu rujuk panduan yang telah disediakan. Sila klik disini untuk dapatkan panduan tersebut.

ISU DAN MASALAH
Q: Saya dah tambah modal dan telah menhantar SMS ke server, tetapi menerima SMS 'Failed', mengapa?
A: Ini berlaku kerana kesilapan format sewaktu menghantar SMS ke server. Antara kesilapan tersebut ialah:
Format sebenar ialah seperti berikut: BI*BANK*AMAUN*HHBB*JJMM 
Format tarikh salah. Pastikan hanya masukkan dalam bentuk format HHBB sahaja (hari dan bulan). Contohnya jika 21 Januari 2015, taip 2101.
Format masa salah.  Masa hendaklah ditaip dalam format 24 jam iaitu JJMM (jam dan minit). Contohnya jika anda bank in pada pukul 3.16 petang, format yang perlu ditaip ialah 1516.
Kod bank salah. Kod bank yang sebenar ialah MAYBANK dan CIMBBANK. Kesilapan yang berlaku ialah ditaip seperti MBB, MAYBNK, CIMB, CIMBNK. 

Q: Saya dah tambah modal dan telah menghantar SMS ke server, tetapi masih tidak diterima setelah lebih 1 jam, bagaimana?
A: Jika selepas 1 jam, modal anda tidak masuk ke akaun topup, sila hantar SMS sekali lagi setiap 30 minit. Tetapi jika lebih dari 3 kali SMS dihantar, modal tidak masuk juga, anda perlu lakukan tiga (3) perkara berikut:


1. Semak baki modal anda. Ada kemungkinan modal telah pun masuk tetapi anda tidam menerima SMS. Untuk semak, taip BAL dan hantar ke server. Jika setelah semak baki, modal masih tidak masuk, sila lakukan step seterusnya. 
2. Hantar maklumat tambah modal melalui web. Sila rujuk panduannya disini. Jika modal tidak masuk juga selepas maklumat dihantar melalui web melebihi 1 jam, sila lakukan step seterusnya.  
3. Sila SMSkan masalah anda ke Carelinie atau HelpDesk dengan sertakan agen id dan maklumat tambah modal.

Q: Adakah modal tambahan saya akan hilang?
A: TIDAK! Tambahan modal yang anda lakukan adalah modal pusingan. Anda akan dapat semula 'cash' atau tunai daripada pelanggan apabila anda menjual topup.


Q: Berapa lamakah tempoh menunggu bagi sesuatu transaksi jualan topup selepas SMS dihantar?
A: Kebiasaannya server akan proses dalam masa 60 saat. Jika lebih dari 10 minit, server akan menghantar SMS sama ada transaksi berjaya atau gagal.

Q: Saya dah topup no.hp pelanggan tetapi status transaksi Failed atau Refunded, mengapa?
A: ini terjadi disebabkan beberapa perkara iaitu:
No.Hp pelanggan salah atau tidak cukup. Contohnya,no.hp pelangga ialah 0123456789 tetapi ditaip terbalik seperti 0123456987 atau tertinggal satu nombor seperti 012346789.
Salah kod telco. Contohnya pelanggan tersebut meminta topup Celcom, oleh itu kodnya 0132546987.C10, tetapi ditaip kod lain misalnya Maxis 0132456789.M10.
Salah amaun nilai. Tidak semua telco boleh topup pada nilai yang dikehendaki seperti RM56, RM42 dan lain-lain. Kebiasaannya nilai topup yang dibenarkan atau dibolehjkan ialah RM5-RM10, RM20, RM30, RM50, RM60 dan RM100. Ianya bergantung kepada telco.
Baki tidak mencukupi. Server tidak dapat memproses topup apabila baki tidak mencukupi (insufficient balance).
No.Hp yang sama ditopup dua kali dalam masa 30 minit. Server gagal untuk memproses no.hp yang sama dalam masa 30 minit. Anda perlu tunggu lebih dari 30 minit untuk topup no.hp yang sama untuk kali kedua.

Q: Saya dah topup no.hp pelanggan dan status transaksi SUCCESS tetapi pelanggan masih tidak menerima topup, bagaimana?
A: Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan iaitu:
Langkah 1 : Semak status transaksi melalui web portal. Jika status 'PENDING', anda perlu tunggu sehingga status transaksi menjadi 'REFUNDED' atau 'SUCCESS'.
Langkah 2 : Sekiranya status 'REFUNDED', ini bermaksud ada kesilapan dalam format SMS (salah no.hp, kod telco dan amaun) atau server reject. Sila SMS sekali lagi ke server dengan format yang betul.
Langkah 3 : Sekiranya status 'SUCCESS', tetapi pelanggan masih tidak terima topup lebih dari 30 minit, sila segera buat aduan secara SMS kepada pihak Careline/HelpDesk. Sertakan butir-butir Agen ID anda, No.Hp pelanggan, Amaun dan masa. Careline akan reply dalam masa 24 jam dan modal anda akan dipulangkan semula.

Q: Jika saya tersalah memasukkan nombor handphone orang lain ketika topup, dapatkah ditarik balik?
A: Tidak! Jika status jualan topup 'sucessfull', ia tidak dapat ditarik balik. Syarikat tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian yang anda lakukan. Pastikan sebelum anda menghantar SMS topup, nombor handphone pelanggan hendaklah diteliti sebaik-baiknya.


CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)
Q: Adakah topup dikenakan GST?
A: Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak SKMM pada 29 April 2015 dan kenyataan media oleh pihak KASTAM pada 30 April 2015, topup tetap dikenakan GST yang mana pelanggan perlu membayar 6% daripada nilai topup.

Q: Adakah ianya memberi kesan kepada keuntungan (persen %) yang HYSPrepaid berikan?
A: Sebenarnya ia tidak memberi kesan secara langsung kerana pelanggan perlu membayar extra 6% daripada nilai tersebut. Namun kesan yang ketara ialah sistem server akan menolak amaun GST daripada modal anda. Oleh itu, anda perlu meminta bayaran daripada pelanggan berserta GST.
Contohnya keuntungan Celcom ialah 5%. Kos harga topup Celcom ialah RM10-5%=RM9.50. 
RM9.50+0.60(GST)=RM10.10(kos baru). Inilah nilai yang server akan tolak daripada modal anda. Anda perlu 'collect' RM10.60 daripada pelanggan anda.

Q: Saya masih tidak faham, bagaimana bisnes topup secara SMS ini berfungsi. Boleh tolong jelaskan dengan lebih detail?
A: InsyaAllah saya akan cuba terangkan secara detail. Sila hubungi saya sama ada melalui telefon, sms, whatsapp atau emel. Sila klik disini.

LAIN-LAIN
Q: Mengapa keuntungan jualan topup sedikit? Hanya 3.7% hingga 9.75%?
A: Sebenarnya, ini adalah keuntungan TERTINGGI pernah kami tawarkan. Keuntungan jualan topup sejak tahun 2000 sehingga ke hari ini tidak jauh berubah. Bandingkan dengan syarikat lain, dan kami beri jaminan bahawa ini adalah keuntungan TERTINGGI pernah diberikan oleh kami dengan yuran pendaftaran yang SANGAT RENDAH!

Q: Saya masih tidak faham, bagaimana bisnes topup secara SMS ini berfungsi. Boleh tolong jelaskan dengan lebih detail?
A: InsyaAllah saya akan cuba terangkan secara detail. Sila hubungi saya sama ada melalui telefon, sms, whatsapp atau emel. Sila klik disini.


TERMA DAN SYARAT
- Saya faham bahawa HYSPrepaid merupakan Mini Server yang sah berdaftar dengan syarikat MOMEY RESOURCES SA0120818-A dan diberi kuasa untuk mendaftarkan dealer dan agent dibawahnya.
- Saya setuju untuk membuat bayaran seperti yang ditetapkan. Yuran pendaftaran sekali seumur hidup.
- Saya dengan SUKARELA menyertai HYSPrepaid setelah memahami dan menimbang secara matang.
- Saya sedar bahawa keahlian saya akan disekat sekiranya melanggar terma dan syarat diatas cuba untuk menipu, mencuri, hijack serta menganggu agen, dealer lain.
- Saya berjanji akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh admin web HYSPrepaid dan syarikat MOMEY RESOURCES SA0120818-A dan bersedia bertanggungjawab jika saya mengingkarinya. 
- Saya menyedari bahawa syarat-syarat dan peraturan yang dibuat adalah demi kepentingan dan keselamatan saya serta agen/dealer dibawah HYSPrepaid.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU LAIN2 URUSAN BOLEH BERHUBUNG TERUS PADA NO DIBAWAH. TERIMA KASIH :)